Resepi

Masakan Lebih Mudah, Rasa Tetap Asli.

MAMA G membawakan keaslian cita rasa warisan Melaka dengan sentuhan moden untuk memudahkan kehidupan seharian anda. Dihasilkan menggunakan bahan-bahan organik dan berkualiti, setiap produk kami mengekalkan rasa asli tanpa penggunaan bahan pengawet yang membahayakan kesihatan.

Taufufah

Bahan-bahan
- 1 pek MAMAG Taufufah Segera
- 2 sudu besar gula Melaka
- 2 sudu besar air
- 1 helai daun pandan
- Sedikit susu cair (pilihan)
- Ais secukupnya (pilihan)

Cara penyediaan
1. Sediakan taufufah
Tuangkan MAMAG Taufufah Segera ke dalam mangkuk atau cawan hidangan mengikut arahan pada pembungkusan.
2. Sediakan air gula Melaka
Masak gula Melaka bersama air dan daun pandan sehingga larut. Biarkan sejuk.
3. Tambahkan siraman
Tuangkan air gula Melaka ke atas taufufah.
4. Sedia untuk dinikmati! Tambahkan sedikit susu cair atau ais jika suka. Nikmati kelembutan taufufah bersama kemanisan gula Melaka.

Scroll to Top